Thursday, April 24, 2008

perjalanan baru bermula....

semalam, 23 April 2008..
bertanya pada pengusaha kantin kat office, jika mahu menjualkan roti yang saya buat sendiri.. dan jawapannya alhamdulillah.. memang memberangsangkan. katanya ramai yang mencari roti atau bun utk mengalas perut terutamanya pada waktu petang... wah peluang yg baik ni...

ramai juga agen-agen roti berjenama bertanyakan hal yang sama... tapi mereka tidak mahu menghantar dalam kuantiti yang kecil. mana tidaknya... kantin tu cuma nak 10 biji je dlm sehari...
alang-alang peluang dah ada, bolehlah cuba. teringat buku Chef Li "Biar Kecil Asalkan Berhasil".

24 April 2008..
Pagi ni... dah hantar sample merangkap jualan pertama... 4 biji bun. antaranya Bun Roselle & Bun Bijan.
Apa istimewanya Bun Roselle ni... Inti roselle ni adalah hasil dari tanaman ibu saya sendiri dan jemnya dibuat oleh kakak saya di kampung.

biasalah... kali pertama nak berniaga ni, ada juga perasaan malu... nak iklankan kat kawan2 office pun malu.ada beritahu pd 2-3 org je.. itupun kawan breakfast. dah la kat packaging tak letak stiker langsung. tengah fikir, macam mana stiker yg sesuai..

tadi sorang kawan office dah try makan roti tu, roti bijan.. dia kata sedap, macam roti kat kedai... alhamdulillah. perkembangan yang bagus.

No comments: