Monday, July 14, 2008

pengalaman demi pengalaman

jumlah kedai / restoran yg dihantar dah makin bertambah.. badan pulak yg makin tak larat. tiap-tiap hari bangun 3 atau 3.30 pagi. membahagi doh roti yg telah siap diadun pada sebelah malam oleh suami. sekarang dah ada 11 kedai termasuk kantin office. 6 utk hari isnin / khamis. 5 utk hari selasa / jumaat. ada yg best & ada yg tak best. yg best dapat duit jualan yang lepas bila hantar refill roti. yg tak best, ada roti yg tak habis... terasa penatnya badan... sakit belakang. 
nak buat apa dgn roti yg tak habis tu? ada juga.... keringkan, dan....  'sungguh enaknya dimakan begitu saja'... ataupun jadikan serbuk roti dan boleh guna utk goreng ayam dll. ataupun buat puding roti. terpulang kepada kreativiti sendiri. yang paling menyeronokkan... bawa balik kampung... dapat sambutan hangat... Nabila bagi nama 'biskut roti'.
buat masa ni, hasil jualan baru mencecah purata RM30.00 sehari, 4 hari seminggu.

No comments: