Friday, April 17, 2009

resepi hari ini 17 Apr 2009

resepi Mexico Bun.

Bahan-bahan

A. High protein flour (500 gm)
Gula (100 gm)
Garam (5 gm)
Bread improver - pelembut roti (5 gm)
Yis – Mauripan – (15 gm)
Telur (2 biji)
Susu Tepung (10 gm)
Air (Paip) jgn air suam tau (210 gm/ml)

B. Margerin (100 gm)

C. Mentega (kiub untuk inti, kalau nak senang potong masa sejuk pakai pisau tajam, masuk balik dlm peti ais)

Cara-cara:

Pukul A sampai kembang. Pukul low speed sekejap sampai combine, baru medium speed. Kalau mixer kommersial dlm 10 min. Kalau hand-mixer, lama le sikit.

Campur margerin, pukul lagi dlm 5 minit. Pukul sampai doh boleh ditarik macam belon yang dah pecah. Doh dia memang lembut sikit. Kalau nak potong, jgn lupa tabur tepung. Kdg2 orang salut je dengan butter, lagi senang.

Rehatkan doh 5 minit.

Bahagikan doh 30 gm. / 60 gm. Tapi, kalau takat makan kat rumah, potong le ikut suka, tak payah timbang-timbang.

Masukkan inti. Kena seal betul-betul tau, hari tu orang buat habis meleleh inti keluar. Tapi habis jugak.

Rehatkan lagi 1 � jam – 2 jam

Sementara tu, boleh buat topping.

TOPPING

Telur (90 gm) 1 telur B = 55gm
Gula (90 gm)

Pukul sampai stiff – kembang dan pucat mcm lemon

Low protein flour (110 gm)
Mentega (dicairkan) (100 gm)
Kopi segera / coffee paste (sesedap rasa)
Baking powder (2 gm)

Dah pukul telur dengan gula tadi, campurkan tepung, gaul rata. Akhir sekali, masukkan mentega cair, gaul rata.

Masukkan dalam beg plastik, potong hujung plastik kecik je, paipkan atas doh tadi. Orang tengok chef tu paip spiral. Part ni yang tricky tu, kalau tak pukul telur kembang-kembang, meleleh le topping. Tapi kalau intai kat Roti Boy, Topping dia cantik terletak atas doh.

Yang penting, kali pertama buat, memanglah tak cantik macam kat kedai. Resepi ni roti dia memang gebu tapi topping dia yang orang tak pass lagi. Apa-apa pun, Chef Annuar ada cakap bila masak ni JANGAN PUTUS ASA. Tapi ini bukan resepi Chef Annuar. Lagipun, kalau orang komplen tak sedap, suruh dia buat sendiri.

SELAMAT MENCUBA!!!

*******************************************
http://damiacyan.multiply.com/journal/item/34

cari resepi soft bun dan adjust sikit letak inti apple campur cinamon n butter.

SOFT BUTTER BUNS CHANNEL
Sumber: Chanel2004

Bahan-bahannya
250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung superfine
50 gram gula kaster
1 sudu teh garam
2 ½ sudu besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil)
30 gram mentega, dilembutkan pada suhu bilik
140 ml air

Untuk Glazing
1 biji telur, dipukul sedikit
Mentega cair, untuk sapu atas roti

Cara-caranya
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.
2) Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 2 jam.
3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh anda isikan inti mengikut selera masing-masing.
4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega dan disalut dengan sedikit tepung. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
5) Panaskan ketuhar pada suhu 200 degree C. Sapukan roti dengan telur dan bakar selama 15 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
6) Sejukkan roti selama 5 minit sebelum disejukkan diatas redai.

No comments: