Monday, December 20, 2010

resipi mee kuning 2

(http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=166409&extra=&page=1)

 

 

MEE KUNING -Menghasilkan 700 g mee kuning

Bahan-bahan:

350g tepung high protein
2 biji putih telur
1 sudu kecil air kapur
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
6 sudu besar minyak masak
sedikit tepung utk taburan

Cara membuat:

Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya
Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam kemudian kacau sebati
Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung.
Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental
Bahagi doh kpd 4 bahagian
Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal, bermula no 1 kalau mesin K.Noor)
Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan
Pilih ketebalan yg dikehendaki (K.Noor guna no 4), gelek utk kali terakhir disini
Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee
Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi
Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air tersebut
Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali gus, celur sket2 mee tu)
Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak
Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.

Nota: Doh mee ni mmg keras jika dibandingkan dgn doh karipap

Disebabkan hanya guna putih telur, 2 biji kuning telur tu boleh guna utk buat donut resepi K Noor..heheheh tak ada lah pening kepala apa nak buat dgn kuning telur tersbt..:

 

 


Kuey teow  -umi_e@myresipi.com
http://myresipi.com/top/detail/917


Bahan-bahan ( satu kilo )
350 tepung gandum
150gm tepung beras
1 biji putih telor
200 ml air
tepung ubi secukupnya
minyak secukupnya
air untuk merebus
garam secukupnya

Cara-cara Satukan kedua2 jenis tepung,putih telor dan air ke dalam mangkok adunan dan uli doh. Kemudian jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya)
Setelah adunan siap, masak air dan letakkan sedikit minyak dan biarkan mendidih
Abil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta pada no1 dan putar (makin banyak tepung maka akan lebih panjang kuey teownya)
Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no besar (saya buat sehingga no4 atau no5)
Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua aduna habis diputar nipis
Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar (biasanya ada 2 saja - untuk mee dan untuk kuey teow)
Terus memotong sehingga adunan habis
Setelah air mendidih, rebus kuey teow sedikit2 atau muat tapisan-periuk)
Rebus sebentar sahaja atau sehingga kuey teow timbul - angkat dan toskan
Letakkan kuey teow yang telah ditoskan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa kuey teow sedang panas. Jika tidak kuew teow akan melekat antara satu dengan lain)
Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan kuey teow sebelum disimpan atau digunakan

 

 


Spagetti( for one person )  (http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=166409&extra=&page=42)
http://www.ajiwai.com/otoko/make/pasta.htm

100g tepung gandum( boleh guna tpg high protein atau tepung biasa...maisya guna tepung biasa jer)
1 biji telur(saiz sederhana)
1 sudu besar olive oil/ vegetable oil


1.Campurkan semua bahan. Ratakan telur dan minyak ke keseluruhan tepung, jadikan seperti breadcrumbs.
2.Uli adunan hingga jadik doh.
3.Rehatkan adunan sekurang-kurangnya 1 jam.
4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil dan leperkan dgn rolling pin dulu sebelum guna mesin mee. ( supaya mudah dan tak terlalu membebankan mesin )
5.Canai dengan menggunakan mesin dari paling tebal hingga dapat ketebalan yg dikehendaki
6.Sidai selepas dicanai( refer gambar no 1 )
7.Selepas habis semua adunan dicanai baru dilalukan pada bahagian utk potong mee. Sidai (refer gambar no 2) hingga kering. Gambar no 3 ialah spagetti yg dah disidai lebih kurang 4 jam...dah agak kering dan keras macam yg dijual tu.
8.Rebus dengan air mendidih + garam sebelum digunakan(jika terus rebus tanpa dikeringkan spagetti tu, masa merebus hanya sekejap jer...)

*boleh sidai guna rolling pin or anything...maisya guna redai oven jer....payah jugak nak menyidai tu sebab line tu rapat-rapat .

 

No comments: