Tuesday, December 14, 2010

Sup Cendawan Berkrim

bahan-bahan
1 potong isi ayam ( ambil dari 1 bahagian dada ayam ) - dicincang
250 ml susu sejat *
250 g cendawan butang segar atau dalam tin
( 3 - 4 biji cendawan di cincang kasar, selebihnya potong 2 sahaja)
3 ulas bawang putih cincang halus
2 1/2 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum - dibancuh dgn air
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 cawan air **
Secubit garam
Sedikit cincangan daun sup, untuk hiasan.

* susu sejat boleh diganti dengan creamer seperti coffee mate.
** air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan yang disukai

cara-cara
1. Panaskan periuk, masukkan mentega, tumis bawang putih dan serbuk lada hitam. masukkan cendawan yang dipotong 2 dan goreng hingga layu. masukkan ayam. tumis hingga ayam masak.
2. Tuang air dan biar mendidih hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam periuk semula.
3. Masukkan susu sejat, bancuhan tepung dan garam secukup rasa. kacau rata2 hingga mendidih dan kuah pekat. tutup api. boleh dihidang bersama roti bawang putih atau boleh juga dihirup begitu sahaja.

No comments: